Slideshow

Saturday, July 18, 2009

Sudirman - Milik Siapakah Gadis Ini

Sekadar kenangan-Sudirman dalam ingatan

Sunday, August 31, 2008

Cinta yang hakiki

Hakiki bermaksud hak pada dasarnya dan ini mungkin kita sering terlupa bahawa sesuatu apa yang kita capai di alam ini haruslah dikembalikan kepada yang berhak.Jika ianya cinta berikanlah kepada yang berhak menerima samada manusia,haiwan,alam dan yang paling berhak ialah tuhan.
Jika kita cintakan tuhan maka segala yang batil akan terhapus dan hakiki akan mengambilalih tempatnya semula.

Teliti dan renungkan sedalam-dalamnya peringkat mengenali diri anda:-

1) Siapa anda yang sebenar-benarnya.
2)Perasaan apa yang melanda diri kita dan mereka yang rapat dengan kita.
3)Jika kita sihat seharusnyalah sesuatu yang sihat akan keluar dari diri kita.
4)Jalani kehidupan sihat dantidak melanggar batas-batas agama dan tatsusila alam dan kehidupan.
5)Jangan biarkan perasaan anda melebihi fikiran anda dalam tindakan seharian.
6)Terimalah sesuatu yang baik dengan hati terbuka dan yang batil diambilkira dengan kajian lebih dalam.
7)gembirakan diri anda dan elakan daripada terbelenggu dengan kesepian.
8)Masadepan anda adalah hak anda sepenuhnya,jadikan ianya lebih bermakna.
9)Khayalan tidak salah jika ianya dapat dibuktikan dan elakan kekeliruan melanda.
10)Seidik diri anda secara global.

wassalam

Peribadi gambaran cinta

Peribadi gambaran cinta?Terlalu sukar untuk dimengertikan,sesuatu yang amat luas dan terlalu unik dan sukar untuk ditafsirkan dengan hanya sekadar melihat dengan mata.Kenapa dan mengapa?

Mungkin secara sedar atau tidak bumi tuhan dijadikan terlalu unik sejak dari azali dimana salahsilah manusia wujud dan seterusnya berkembang.Manusia sering tersalaherti bahawa wujudnya bumi tuhan bukan sekadar mencerminkan keagungan tuhan malah lebih dari itu.Tuhan jadikan manusia melihat,mengkaji dan kita diberikan akal untuk meneroka alam kearah satu kejayaan dan membentuk tamadun kita sendiri,malangnya ini tidak diambil kira dalam membentuk peribadi yang unggul.

Tamadun ditempa tapi peribadi tidak,benarkah apa yang saya katakan ini?Secara ringkasnya semakin maju manusia semakin canggih kejayaan manusia dalam berbagai bidang semakin hilang peribadi unggul dan mulia dari tubuh seseorang.

Kalau dahulu kesopanan dan tatasusila manusia dititikberatkan tetapi sekarang" jauh lebih baik" yang berlaku.Terlalu menjadi-jadi jenayah dan kekejaman manusia bukan sahaja kepada manusia lain malah alam,haiwan dsbnya.

Dimana peribadi manusia?dimana cinta?Dimana letaknya nilai kita sebagai suatu makhluk yang agung lebih dari malaikat dan alam ini.Adakah salah saya katakan bahawa peribadi menggambarkan cinta?Tidak bukan.

Manusia direntap dan alam disentak sementara segala unggas dan hidupan terkejut,alam ini diratah manusia dengan rakus dan cinta manusia kepada manusia lain juga begitu.Secara amnya manusia bagai hilang pedoman mencari sesuatu yang tidak mungkin akan dinikmati iaitu keagungan kerana keagungan itu milik tuhan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails